Beli atau cetak semula Borang 44 dengan Salinan Diakui Sah (CTC)

NOTIS : Borang 44 adalah hanya untuk syarikat Sdn Bhd / Bhd . Untuk Enterprise / Milikan Tungal / Perkongsian, Sila Beli Dokumen SSM DISINI.
Kami akan cetak semula dokumen yang berkaitan untuk Enterprise / Pemilik tunggal / Perkongsian & tiada bayaran balik akan diberikan untuk pesanan yang salah.

WhatsApp kami jika ada pertanayaan.

Tentang Borang 44 SSM

Borang 44 SSM ( Form 44) merujuk kepada satu borang yang digunakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Borang ini digunakan untuk pelbagai tujuan berkaitan dengan pendaftaran dan pengurusan syarikat di Malaysia. Borang 44 SSM digunakan untuk mengemukakan butir-butir alamat didaftar atau pemberitahuan perubahan alamat syarikat. Ia juga dikenali sebagai “Butir-butir Alamat Didaftar” atau “Particular Of Registered Address / Form 44” dalam Bahasa Inggeris.

 

Maklumat utama dalam bahagian Butir-butir Alamat Didaftar – Borang 44 termasuk:

Alamat Berdaftar:
Ini adalah alamat rasmi syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia adalah alamat di mana notis rasmi dan dokumen undang-undang dari SSM atau pihak berkuasa lain akan dihantar.

 

Jenis Alamat:
Anda perlu nyatakan sama ada alamat ini adalah pejabat utama atau pejabat cawangan syarikat. Jika syarikat mempunyai lebih daripada satu pejabat, alamat berdaftar biasanya adalah lokasi di mana rekod dan urusan pentadbiran syarikat dikendalikan.

 

Butiran Alamat:
Alamat fizikal penuh syarikat (termasuk alamat jalan, bandar, negeri, dan poskod). Ini mesti merupakan lokasi fizikal di Malaysia.

 

Maklumat Perhubungan (Pilihan dalam beberapa kes):
Dalam beberapa kes, anda juga mungkin perlu menyediakan butiran tambahan seperti nombor telefon atau alamat emel yang berkaitan dengan pejabat berdaftar.

Borang 44 dengan cop CTC

Salinan Diakui Sah (CTC) adalah salinan dokumen Borang 44 yang distempel dan ditandatangani sebagai salinan yang sah oleh agensi yang diberi kuasa seperti eInfo dan MyData. Agensi kerajaan seperti Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Perbandaran, dan Bank telah melaksanakan penggunaan dokumen-dokumen ini untuk penyerahan rasmi. CTC digital adalah transformasi perkhidmatan pengesahan dokumen manual melalui gabungan teknologi pengimejan berkanun, tandatangan digital, cap masa dan tarikh, dan Kod Imbasan Pantas (QR code) dengan ciri-ciri keselamatan.

Bagaimana cara untuk dapatkan borang 44 Form 44 Butir-butir Alamat Didaftar ?

Untuk memperoleh Borang ini (Butir-butir Alamat Didaftar) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Permohonan Dalam Talian

Borang 44 boleh dibeli melalui online dengan borang di bawah. Anda boleh menghantar permintaan untuk Borang ini secara elektronik.

Permohonan Secara Bersemuka

Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana kaunter SSM secara bersemuka untuk memohon Borang 44. SSM mempunyai pejabat yang terletak di seluruh Malaysia, dan anda boleh mencari yang terdekat dengan anda di laman web mereka.

Borang 44 (Versi Lama)

Notice of Situation of Registered Office and of Office Hours and Particulars of Changes

Document Types


All three types of documents are official and verified by SSM. You can choose any one of the document type. If an agency such as JPJ, banks, or others requests a specific type of document (e.g. MyData), you must choose MyData.

This will close in 30 seconds

Pilihan Jenis Dokumen


Ketiga-tiga jenis dokumen di atas adalah rasmi dan disahkan oleh SSM. Anda boleh memilih mana-mana jenis dokumen. Jika agensi seperti JPJ, bank, atau yang lain meminta jenis dokumen tertentu (contohnya, MyData), anda perlu memilih MyData.

This will close in 20 seconds

Scroll to Top