Beli atau cetak semula Sijil SSM dengan Salinan Diakui Sah (CTC)
NOTIS : Sijil SSM (Borang D/E) adalah hanya untuk syarikat Enterprise / Milikan Tungal / Perkongsian. Untuk Sdn Bhd / Bhd , Sila Beli Dokumen SSM DISINI. Tiada bayaran balik akan diberikan untuk pesanan yang salah.
WhatsApp kami jika ada pertanayaan.
"*" indicates required fields


Tentang Borang Sijil SSM
Sijil SSM (Business Certificate) adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengesahkan bahawa sebuah syarikat adalah sah terdaftar dengan SSM dan telah mematuhi semua keperluan undang-undang, seperti penyata tahunan dan penyata kewangan. Sijil ini merupakan bukti bahawa syarikat tersebut mematuhi peraturan korporat Malaysia dan berada dalam keadaan baik. Ia juga dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran (Akta Pendaftaran Perniagaan 1956), SSM Borang D, SSM Borang D atau Certificate Of Registration (The Registration Of Business Act 1956) dalam Bahasa Inggris. Dokumen ini hanya dikeluarkan untuk Pendaftaran Perniagaan / Pemilikan Tunggal / Perkongsian dan bukan untuk syarikat Sdn Bhd atau PLT.
Sijil SSM (Borang D/E) dengan cop CTC
Salinan Diakui Sah (CTC) adalah salinan dokumen Sijil SSM yang distempel dan ditandatangani sebagai salinan yang sah oleh agensi yang diberi kuasa seperti eInfo dan MyData. Agensi kerajaan seperti Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Perbandaran, dan Bank telah melaksanakan penggunaan dokumen-dokumen ini untuk penyerahan rasmi. CTC digital adalah transformasi perkhidmatan pengesahan dokumen manual melalui gabungan teknologi pengimejan berkanun, tandatangan digital, cap masa dan tarikh, dan Kod Imbasan Pantas (QR code) dengan ciri-ciri keselamatan.



