Beli atau cetak semula Borang 9 dengan Salinan Diakui Sah (CTC)

NOTIS : Borang 9 adalah hanya untuk syarikat Sdn Bhd / Bhd . Untuk Enterprise / Milikan Tungal / Perkongsian, Sila Beli Dokumen SSM DISINI.
Kami akan cetak semula dokumen yang berkaitan untuk Enterprise / Pemilik tunggal / Perkongsian & tiada bayaran balik akan diberikan untuk pesanan yang salah.

WhatsApp kami jika ada pertanayaan.

Form 9 SSM / Borang 9 SSM, SSM Section 17

Tentang Borang 9 SSM

Borang 9 (Form 9) dalam konteks Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau Companies Commission of Malaysia, adalah borang yang berkaitan dengan pendaftaran sebuah syarikat.

Borang 9 SSM dikenali sebagai “Perakuan Pemerbadanan Syarikat” atau ” Certificate of Incorporation of Private Company” dalam Bahasa Enggeris. Ia merupakan dokumen penting yang dikeluarkan oleh SSM selepas pendaftaran yang berjaya bagi sebuah syarikat swasta di bawah Seksyen 17. Borang ini menandakan bahawa syarikat tersebut telah secara rasmi didaftarkan dan diiktiraf sebagai entiti undang-undang di bawah undang-undang Malaysia.

Borang 9 biasanya mengandungi butir-butir penting mengenai syarikat, termasuk nama syarikat, nombor pendaftaran, tarikh penubuhan, alamat berdaftar, dan butir-butir pengarah dan pemegang saham syarikat. Ia berfungsi sebagai bukti bahawa syarikat itu wujud sebagai entiti undang-undang yang berasingan daripada pemilik atau pemegang sahamnya.
Memperoleh Borang 9 merupakan pencapaian penting bagi mana-mana syarikat kerana ia memberikan status undang-undang kepada syarikat tersebut dan membenarkan ia memulakan aktiviti perniagaannya mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia.

Borang 9 dengan cop CTC

Salinan Diakui Sah (CTC) adalah salinan dokumen Borang 9 yang distempel dan ditandatangani sebagai salinan yang sah oleh agensi yang diberi kuasa seperti eInfo dan MyData. Agensi kerajaan seperti Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Perbandaran, dan Bank telah melaksanakan penggunaan dokumen-dokumen ini untuk penyerahan rasmi. CTC digital adalah transformasi perkhidmatan pengesahan dokumen manual melalui gabungan teknologi pengimejan berkanun, tandatangan digital, cap masa dan tarikh, dan Kod Imbasan Pantas (QR code) dengan ciri-ciri keselamatan.

Bagaimana cara untuk dapatkan borang 9 Form 9 Perakuan Pemerbadanan Syarikat ?

Untuk memperoleh Borang ini (Perakuan Pemerbadanan Syarikat) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Permohonan Dalam Talian

Borang 9 boleh dibeli melalui online dengan borang di bawah. Anda boleh menghantar permintaan untuk Borang ini secara elektronik.

Permohonan Secara Bersemuka

Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana kaunter SSM secara bersemuka untuk memohon Borang 9. SSM mempunyai pejabat yang terletak di seluruh Malaysia, dan anda boleh mencari yang terdekat dengan anda di laman web mereka.

Seksyen 17 - Perakuan Pemerbadanan Syarikat (dahulu dikenali sebagai Borang 9)

Borang 9 SSM telah digantikan oleh Seksyen 17. SSM telah menukar perkataan “Borang” kepada “Seksyen” kerana ramai orang hanya menghafal borang tetapi tidak menghafal seksyen. Oleh itu, bagi Akta Syarikat 2016, tidak ada lagi istilah “borang”. Kita perlu menghafal seksyen secara langsung. Anda perlu mengetahui bahawa terdapat perubahan kepada Akta Syarikat dari Akta Syarikat 1965 ke Akta Syarikat 2016.

Contoh Borang 9 SSM (Form 9)

Contoh - Perakuan Pemerbadanan Syarikat (Seksyen 17)

Document Types


All three types of documents are official and verified by SSM. You can choose any one of the document type. If an agency such as JPJ, banks, or others requests a specific type of document (e.g. MyData), you must choose MyData.

This will close in 30 seconds

Pilihan Jenis Dokumen


Ketiga-tiga jenis dokumen di atas adalah rasmi dan disahkan oleh SSM. Anda boleh memilih mana-mana jenis dokumen. Jika agensi seperti JPJ, bank, atau yang lain meminta jenis dokumen tertentu (contohnya, MyData), anda perlu memilih MyData.

This will close in 20 seconds

Scroll to Top